Kelajuan internet mobile Malaysia telah jatuh ke paling perlahan di ASEAN sejak kerajaan PH batalkan rancangan 5G kerajaan BN dulu untuk membuat kajian dan kerajaan PN pula asyik membuat u-turn dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G mobile melalui syarikat milik kerajaan DNB.
Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung.
Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G.
Apa ertinya bagi Rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaru yang canggih tapi kita tidak ada 5G?