Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

[VIDEO] Teks Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda & Puteri UMNO 2022 - pakdin.my

Para perwakilan yang saya hormati;

1. Terlebih dahulu marilah kita sama2 melafazkan rasa syukur, yang tulus dan mendalam, kepada Allah SWT, kerana mengizinkan, keberlangsungan pertemuan kita, pada malam yang bermakna ini.

2. Allah yang Maha Mengatur segalanya. Dan kepada Allah jualah, kita memohon hidayahNya, agar pertemuan pada malam ini, menjadi perhimpunan yang membuahkan kebaikan. Khususnya kepada agama Islam, tanah air tercinta, dan orang Melayu kita.

3. Kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri, selamat dating, dan selamat bersidang, saya ucapkan.

Para perwakilan sekelian,

4. Saya amat sedar bahawa, kita sedang berhimpun, di suatu malam, dalam pertemuan, yang sangat luar biasa.

5. Malam dan pertemuan, yang bukan mudah, bagi kita semua. Apatah lagi, buat kami, di barisan pimpinan tertinggi.

6. Malam yang kami harus tampil, menjelaskan setiap pendirian, dan ketetapan, yang telah diambil, semenjak beberapa minggu lalu, setelah kita terjerumus teruk, dengan prestasi pilihanraya, yang sangat mengecewakan.

7. Menjelaskan dengan seikhlasnya, mengapa keputusan, dan pendirian kami, adalah sedemikian. Kerana yang pasti, semua ahli UMNO, memerlukan jawapan, dan penjelasan, yang tuntas.

8. Malam ini, kita mesti berdepan, dengan hakikat yang sangat pahit. Bahawa UMNO, hampir tenggelam, dan karam, dibadai taufan yang menggerunkan.

9. Kita tewas, dengan kekalahan, yang amat menginsafkan. Kekalahan yang membuka mata, menggegar minda, merenyuk sanubari.

10. Pilihanraya umum lepas, adalah titik hitam, yang akan selamanya, menghantui UMNO. Ia tidak mungkin kita lupakan, selagi hayat dikandung badan.

11. Kita semua terpukul hebat, dengan penolakan secara besar-besaran, orang Melayu terhadap UMNO.

12. Pertama, mengapa kami membuat, keputusan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan. Apakah natijah, dan kesannya, kepada kebolehlangsungan UMNO, di masa hadapan.

13. Dan kedua, bagaimana semua ini, akan menentukan, masa depan UMNO, dan bagaimana, kita akan menguruskan, arah baru parti ini. Apakah iltizam kita, untuk merawat, memulih, dan membangunkan semula, sang belahan jiwa kita, parti UMNO yang disayangi.

Para perwakilan yang dikasihi,

14. Semenjak beberapa tahun yang lalu, saya telah berkali-kali, menegaskan bahawa, politik Malaysia tidak terkecuali, daripada tempias, ‘the wave of disruption’, yang melanda dunia. Lanskap politik kita, turut ‘severely disrupted’. Namun tidak ramai, yang mengambil serius, pemerhatian ini.

15. Pandangan saya ialah, politik tanah air ini, telah memasuki era baru, yang sangat sukar diramal, diuruskan, dan semakin kompleks, untuk difahami. Semuanya kerana, dampak ledakan, teknologi maklumat, dan komunikasi, yang luar biasa. Setiap maklumat, berada di hujung jari, ‘constituents’ kita.

16. Kini, ruang maya, menjadi lubuk, menyebarluas agenda, dan fahaman yang pelbagai. Akses, dan capaian maklumat, tanpa sempadan, tentang perkembangan semasa, dan pembaharuan, di seluruh pelusuk dunia, telah mempengaruhi, corak pemikiran, dan sikap individu, khususnya, generasi muda, dan pertengahan.

17. Tambahan pula, masyarakat kita, semakin maju dan terpelajar, dengan jurang generasi, yang sangat meluas dan ketara, dari segi pemikiran, nilai, dan sikap.

18. Meneliti tren pengundian, semenjak tiga pilihanraya umum lepas, saya menyimpulkan bahawa, UMNO sudah mengalami, kesusutan sokongan, semenjak PRU ke 12 lagi.

19. Dan ia semakin merosot, dari PRU ke PRU. Akhirnya, mimpi ngeri melihat UMNO kalah, benar-benar terjadi. Kita benar-benar, dipukul dengan hebat, dan memalukan, dalam PRU ke 15 lepas.

20. Terus terang, saya nyatakan bahawa, saya sememangnya menjangkakan, bahawa PRU ke 15, adalah suatu pertempuran, yang amat sukar. Tetapi tidak saya sangka, sama sekali bahawa, ia akan menjadi separah, dan seteruk ini.

21. Bukan sahaja bacaan parti tersasar, bahkan analisis, pelbagai kajian oleh pelbagai entiti bebas, juga jauh meleset.

22. Segala analisis pilihanraya, yang kita dapati, dari sumber dalaman, dan ‘polling agency’, menunjukkan bahawa, kita akan menghadapi, saingan sengit.

Saudara-saudari sekalian;

23. ‘Cognitive war’, yang dilancarkan, oleh lawan kita, secara konsisten, menggunakan ruang maya, sebagai lubuk, untuk menanam sentimen jahat, terhadap UMNO. Bahawa UMNO itu rasuah, UMNO itu kotor, gila kuasa, dan segala kata nista, yang menjengkelkan.

24. Tidak cukup dengan itu, mereka melabel, pemimpin kita, kleptokrat, tidak bermoral, dan segala macam lagi, tohmahan lain, yang mampu mencemar kepimpinan kita.

25. Semuanya disampaikan, dalam pelbagai bentuk grafik, video, dan banyak lagi naratif lain. Dipancar, dan disebar, luaskan melalui platform Tik Tok, Instagram, Facebook, WhatsApp dan Twitter.

26. Di ambang pilihanraya, strategi ‘cognitive war’ ini, telah mereka giatkan, berlipat kali ganda. Kita juga diserang hebat, oleh ‘cybertroopers’, dari pelbagai arah.

27. Motif mereka adalah, untuk mempengaruhi pemikiran, dan mengubah keyakinan masyarakat, terutamanya orang Melayu, bahawa UMNO tidak layak, menjadi wakil mereka.

28. Sehari demi sehari, ia menjadi kepercayaan, dan keyakinan rakyat, bahawa UMNO itu, sinonim dengan segala kecurangan dalam politik.

29. Inilah, yang Perikatan Nasional lakukan dengan berkesan. Mempengaruhi golongan muda, dan pengguna media social, seperti Tik Tok, dan Instagram, dengan melancarkan, perang besar-besaran, dengan ‘content’ yang toksik, untuk mengajak orang Melayu, membenci, serta meninggalkan UMNO.

30. Ternyata, strategi ‘perang kognitif’ mereka sangat berjaya. Tsunami Melayu melanda utara, dan pantai timur semenanjung, dengan pengundi Melayu berduyun-duyun menolak UMNO.

31. Kita tewas, tanpa memenangi satu kerusi parlimen pun, di Kelantan, Terengganu dan Perlis. Kita turut gagal, mempertahankan semua, kerusi parlimen di Kedah, termasuklah yang disifatkan, sebagai kerusi selamat, seperti Padang Terap. Di Perak, kita tewas dengan dahsyat, dan demikianlah, impak ‘perang kognitif’ terhadap kita.

32. Yang paling menyedihkan ialah, kita jauh ketinggalan, dalam memanfaatkan, tren ‘politik digital’ ini.

33. Di saat, pihak lawan giat berkempen, dan ‘membaham’ kita di media sosial, kita gagal, mempertahankan diri, untuk menolak, segala tuduhan fitnah, dan kenyataan palsu, yang dilemparkan. Kita juga gagal, membentuk karisma, dan pengaruh yang kuat, di ruang maya.

34. Kita tewas, kerana kita gagal, beradaptasi dengan kepentingan, menggunakan teknologi, dan maha data (big data), dalam rencana pilihanraya kita.

Para Perwakilan sekalian;

35. Perkara penting, yang ingin saya kupas, pada malam ini, ialah kenapa kita memilih, untuk menyertai Kerajaan Perpaduan ini.

36. Adakah ini jajaran baru politik Malaysia? Adakah ini formula, untuk masa depan, yang mesti UMNO terokai?

37. Apakah justifikasi kita, untuk menyertai Kerajaan ini, adakah ia akan menguntungkan kita, dalam jangka masa panjang. Atau sebaliknya, akan menjerumuskan UMNO, ke kancah kelemahan, yang semakin ketara.

38. Sebelum saya menjawab semua itu, kita harus menerima kenyataan bahawa kita telah kalah.

39. Kita tidak menang. BN hanya menang di 30 kerusi parlimen. UMNO hanya menguasai 26 kerusi dari 222 kerusi di parlimen. Sedikit lebih dari 10 peratus.

40. Pastinya, dalam keadaan seperti ini, kita tidak punya sekelumit hak pun, untuk meminta, mendesak, dan mengharapkan apa jua habuan, dalam rundingan membentuk Kerajaan.

41. Parti lain menang, dengan jumlah, yang jauh lebih besar dari kita. Maka dari permulaan lagi, kita sedar, bahawa kita hanyalah ‘a small block’ sahaja.

42. Namun tanpa sokongan kita, PH atau pun PN tidak boleh membentuk Kerajaan.

43. Kita berada dalam kedudukan yang sangat tersepit. Sekali imbas, situasi ini, boleh dilihat, seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. Walaupun, sebenarnya kita mempunyai, peranan yang amat signifikan dan unik.

44. Disebalik kekalahan, kita mempunyai jumlah kerusi, yang sangat diperlukan, oleh kedua-dua pihak, untuk membentuk Kerajaan.

45. Maka saya pun, dengan tegas, telah mengusulkan agar PN dan PH, membentuk Kerajaan Perpaduan, dan jika perlukan bantuan UMNO, maka kita sedia berbincang.

46. Apalagi, bila itu jugalah hasrat, dan seruan, dari Istana Negara. Agar semua, bersepakat, menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

47. Tetapi PN menolak. Mereka berkeras, untuk tidak berkerjasama dengan PH, dalam apa acara sekali pun, sekaligus menolak saranan, untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

48. Maka UMNO waktu itu, merasa bertanggungjawab untuk tampil, dan menjadi penyelesai, kepada usaha pembentukan, Kerajaan Perpaduan tersebut.

49. UMNO yang sekian lama, memperjuangkan perpaduan Melayu dan nasional, tidak boleh berpeluk tubuh, dan membiarkan masa depan Malaysia, menjadi ‘secondary’.

50. Membawa Malaysia keluar, daripada kemelut pasca-PRU, adalah misi utama UMNO pada ketika itu. Terlalu banyak isu, yang mencengkam rakyat saban hari, dan kita tidak boleh membiarkan, drama politik ini berlarutan, sehingga menjejaskan, kualiti hidup rakyat.

51. UMNO harus melakukan, tugas patriotiknya untuk negara ini, memastikan bahawa, Kerajaan dapat dibentuk, dengan bantuan UMNO, walaupun UMNO tewas.

52. Kerana kedudukan negara yang genting pada saat itulah, maka UMNO memeterai persefahaman dengan PH, GRS dan GPS untuk bekerjasama, mentadbir negara ini. Sebabnya adalah;

53. Pertama, kepimpinan berpandangan, bahawa penyertaan UMNO, dalam Kerajaan Perpaduan, adalah jalan terbaik, kerana ia memberikan UMNO, peranan yang unik dan strategik.

54. Saya faham bahawa, ramai yang mempersoalkan, mengapa kita memilih, untuk bekerjasama dengan PH.

55. Pokoknya, UMNO tidak menyertai PH, ataupun membelakangkan PN. Kita memilih, mengutamakan Malaysia.

56. UMNO hanya menyertai, Kerajaan Perpaduan, yang diusulkan oleh, Yang Di Pertuan Agung. Jadi tiada isu, dalam kerjasama UMNO, dengan DAP dan PKR, atau Amanah.

57. Apalagi, bila PN telah sedari awal lagi, tidak mahu bekerjasama, dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, maka UMNO berada, dalam kedudukan strategik, untuk memainkan peranan yang lebih penting, dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan.

58. Kita berada, dalam kedudukan yang sesuai, dengan kepentingan UMNO.

59. Kedua, kita perlu mengembalikan semula, Malaysia ke jalan sederhana.

60. Melihat betapa isu perkauman, dan agama, menjadi modal kempen parti politik tertentu, sehingga ke tahap yang ekstrim, Malaysia mesti dikembalikan, ke ‘centrism”.

61. Kita tidak boleh membiarkan, masa depan Malaysia, dicorakkan oleh, the ‘rightist’ atau ‘the leftist’.

62. DNA Malaysia ialah kesederhanaan.

63. Keanggotaan Jemaah Menteri pula, mestilah menggambarkan, sifat kemajmukan Malaysia.

64. Taktik melantik, seorang dua wakil Cina dan India, dan beberapa wakil dari Sabah, serta Sarawak, dalam Jemaah Menteri, bukan caranya.

65. Kita perlukan, ‘a genuinely Malaysian cabinet’, dengan aspirasi demi Malaysia.

66. Keputusan, menyertai kerajaan perpaduan, bukan sahaja, sangat penting untuk UMNO, tetapi juga sangat penting, untuk masa depan Malaysia.

67. Maka kita memilih, mengutamakan Kerajaan, dengan perwakilan dari pelbagai parti, yang dipilih secara demokratik.

68. Ini strategik, kepada masa depan UMNO, kerana ia memberikan kita, suara dalam kerajaan baharu.

69. Ketiga, UMNO sangat menyedari, bahawa menjadi pembangkang, bukanlah perkara yang mudah.

70. Dengan pengalaman terbatas sebagai pembangkang, UMNO mungkin akan terus melemah, jika ia berada di luar Kerajaan.

71. Dengan kewujudan PN, yang berhasrat mengkuburkan UMNO, dari sokongan orang Melayu, kita akan memerlukan jalan, dan pengalaman kerajaan, untuk terus memperkukuhkan, sokongan untuk parti.

72. Malah, ia memberi kita kemudahan, untuk terus memenuhi, keperluan penyokong kita, dan masyarakat Melayu, di seluruh negara.

73. Seperkara lagi, kenapa kita menyertai Kerajaan Perpaduan adalah, kerana kita punyai, pengalaman bekerja dengan PN, dalam kerajaan sebelum ini.

74. Kita mendapati, adalah sangat sukar, bekerjasama dengan parti, yang kewujudan dan perjuangannya, ialah menghapuskan UMNO, untuk selama-lamanya.

75. Begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama dengan PAS. Mereka tidak pernah, setia atau ikhlas.

76. Tanpa segan, mereka berselingkuh dengan semua parti, terutamanya si janda UMNO. Lihat sahaja rekod mereka, dengan DAP dan PKR. Akhirnya, semua membawa, haluan masing-masing.

77. Dengan pengalaman, bekerjasama secara ‘marriage of convenience’, semenjak Langkah Sheraton, UMNO merasakan, bahawa kita memerlukan, sesuatu yang lebih lestari dan konkrit.

78. Jadi, bila Istana Negara, mengusulkan penubuhan, Kerajaan Perpaduan pada UMNO, ia adalah solusi, yang paling ampuh.

79. Bukan sahaja, ia dapat memberikan ketembusan, kepada kebuntuan politik waktu itu, tetapi juga, memberikan UMNO peluang, untuk menyumbang secara bermakna.

80. Kita juga merasakan bahawa, telah tiba masanya, untuk kita tidak terbelenggu, dengan ideologi parti tertentu, dalam saat paling kritikal untuk Malaysia.

81. Yang penting kepada kita, ialah memberi fokus kepada ‘governing’. Keutamaan UMNO, ialah kestabilan politik Malaysia, dan bukannya idelogi politik rakan kerjasama kita, dalam kerajaan perpaduan.

Para perwakilan sekalian;

82. Persoalan seterusnya ialah, kerjasama dengan DAP, disebalik pendirian UMNO sebelum ini. Pendirian politik, mestilah diasaskan kepada realiti politik.

83. Ia mesti disesuaikan, dengan keperluan dan kedinamikan semasa.

84. Kita memang kenal pendirian mereka. Mereka juga faham pendirian kita.

85. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan. Kita pun tidak perlu berpura-pura.

86. Kita tahu siapa itu DAP. Kita juga tahu siapa itu PKR dan Amanah. Maka kita membuat keputusan, berdasarkan pilihan paling sesuai, untuk membolehkan kita mengurus perbezaan.

87. Tetapi jika kita dengan PN, kita hanyalah pemain ketiga, yang berkongsi kepentingan demografi yang sama. Ini akan menyukarkan UMNO, mengurus segala perbezaan, di masa akan datang.

88. Yang pasti, pilihan kita untuk bekerjasama dengan PH, telah menjadikan UMNO, parti yang akan mewakili, kepentingan Melayu terbesar, dalam kerajaan.

89. Ini adalah sesuatu, yang tidak akan dapat UMNO lakukan, jika menyertai Kerajaan pimpinan PN. Kerana UMNO, berada dalam kedudukan ketiga, sebagai kuasa politik Melayu, dalam perikatan sedemikian.

90. Lalu, bagaimana semua ini, akan menguntungkan UMNO, dalam jangka masa panjang?

91. Biarkan saya jelaskan, dengan tegas sekali lagi di sini. Kita tidak menyertai PH. Kita selamanya BN. Kita membentuk Kerajaan Perpaduan, dan bekerjasama mengurus negara, bersama PH, GPS dan GRS.

92. Ini mesti jelas dan difahami. Pada masa ini, UMNO adalah rakan sekutu, dalam Kerajaan Perpaduan, bukan parti komponen PH.

93. Biar saya tegaskan di sini juga, bahawa selama berpuluh tahun, kita bertentangan dengan DAP. Semua orang tahu itu.

94. Tetapi, adakah dengan pendirian sedemikian, orang Melayu berduyun-duyun mendukung kita. Dan menjadikan kita semakin kuat, dan semakin berpengaruh, dengan pendirian sedemikian?

95. Keputusan beberapa pilihanraya umum lepas, jelas menampakkan bahawa, disebalik cemuhan kita kepada DAP, sokongan Melayu tidak meningkat. Malah merosot.

96. Kerana faktor yang mendorong orang melayu, menyokong atau menolak kita, ternyata bukanlah, pendirian kita terhadap DAP.

97. Sebaliknya, ia bergantung kepada kemampuan kita, meyakinkan orang Melayu, bahawa kepentingan bangsa, dapat diperjuangkan dengan lebih baik, dengan UMNO. Termasuklah Kerajaan yang kita pimpin itu bebas rasuah. Dan tiada penyalahgunaaan kuasa.

98. Yang menjadi kayu ukur sokongan melayu ialah integriti, tadbir urus, kompetensi dan prestasi kita. Bukan kerana semata-mata kita menentang ideologi parti itu dan parti ini.

99. Kedua, sokongan masyarakat bukan Melayu, merosot dengan amat drastik, semenjak beberapa PRU lepas.

100. Sehingga dalam keadaan tertentu, kita tewas, kerana tidak mampu, mendapat walau lima peratus, sokongan daripada mereka.

101. Telah lama kita abaikan, undi golongan bukan Melayu ini.

102. Jadi, kita mesti meneroka, strategi lautan biru, jika kita ingin berkelangsungan. Kehilangan undi Melayu, dan tiadanya undi bukan Melayu, adalah resipi kematian UMNO.

103. Maka UMNO mesti, meneroka potensi politik, yang bersesuaian dengan keadaan semasa.

104. Dengan pendirian yang UMNO ambil, dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan, mungkin akan membuka ruang, untuk masyarakat bukan Melayu, membina semula keyakinan kepada UMNO, bahawa UMNO adalah parti yang rasional.

105. Yang mengutamakan rakyat. Mengutamakan perpaduan dan kepentingan nasional.

106. Ketiga, lanskap politik negara, adalah sangat ‘fluid’. Era sekarang ini, adalah era yang telah menyaksikan, bahawa ikatan kerjasama politik yang formal, dan terikat dengan pendaftaran formal, tidak lagi relevan.

107. Sekarang ini adalah era persefahaman politik, yang ‘loose’ dan ‘flexible’. Tiada lagi parti dengan ‘super majority’ seperti sebelum ini.

108. Era BN dengan 14 parti, diikat rapi dengan pelbagai tolak ansur secara formal, dan memenangi setiap pilihanraya, dengan majoriti besar, nyata berakhir.

109. Sekarang adalah, zaman ‘the coalition of the misfits’, tetapi berfungsi dengan baik, kerana keperluan mengurus negara, mengatasi keperluan hawa nafsu politik, demi kuasa semata-mata.

110. Jadi, kita mesti menyediakan diri kita, untuk bekerja dengan sesiapa sahaja. Pendekatan ‘biduk lalu kiambang bertaut’, mesti diambil, demi kesejahteraan rakyat, dan kestabilan negara.

111. Saya juga menegaskan bahawa, kita tidak menyokong, Kerajaan Perpaduan ini, secara membuta tuli. Kita merundinginya, dengan secermat yang mungkin.

112. Kita merangka perjanjian persefahaman. Kita nyatakan dengan jelas, bahawa perkara-perkara fundamental, seperti kedudukan orang Melayu dan bumiputera, Bahasa Melayu, agama Islam, dan kedaulatan raja-raja Melayu, seperti yang diperuntukkan, dalam Perlembagaan Negara, serta perkara-perkara, yang menjadi asas kemajmukan kita, mesti dihormati dan dipelihara.

113. Semuanya jelas, dalam perjanjian dan persefahaman, yang kita tandatangani.

114. Jadi tidak timbul, soal kita berkompromi, dalam perkara-perkara paling fundamental, dalam perjuangan dan ideologi kita.

115. Semuanya kita uruskan secara kemas, tersurat dalam perjanjian, dan dipersetujui dengan semangat, yang sangat muhibbah.

Para perwakilan yang saya kasihi;

116. Bagaimanakah masa depan UMNO, dalam segala perkembangan mutakhir ini?

117. Sejujurnya, saya tiada jawapan. Semuanya adalah sangat subjektif.

118. Pada saya, yang paling utama ialah, kita mesti punyai iltizam untuk merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO.

119. Saya mahu kita semua tahu, misi kita hanya satu. Kita harus memimpin UMNO sebaiknya, agar ia kembali semula, diyakini oleh rakyat.

120. Insya-Allah, dengan pendekatan yang terangkum dan profesional, mulai saat ini, kita semua mesti, memberikan seluruh jiwa dan raga, untuk kerja-kerja merawat, memulih, dan membangunkan semula UMNO, sebagai gerakan politik, dan amal bakti.

121. Malam ini saya menyeru, agar kita membangunkan iltizam bersama, untuk kepulihan UMNO. Kita tanam sebuah azam baru untuk UMNO.

122. Azam untuk mengembalikan semula UMNO, menjadi parti paling bersih, berwibawa dan berkesan, dalam mewakili kepentingan Melayu, Malaysia dan Islam.

123. Namun, azam yang menebal dan menggunung, mesti disandarkan kepada kecekalan, untuk melaksanakannya. Beberapa perkara penting, mesti kita lakukan.

124. Pertama, UMNO yang susut, memerlukan dukungan semua.

125. UMNO, pada saat ini, berada pada kedudukan, paling susut dan kritikal, dalam perjalanan panjangnya.

126. Maka, tugas dan amanah kita, pada kali ini, amat berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu kita yang memikul.

127. Kedua, mengembalikan UMNO ke kedudukan terbaik, akan mengambil masa.

128. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat, yang boleh diambil, dari dalam laci pejabat, untuk terus digunakan. Ia mesti difikirkan, dengan fokus dan pendekatan, yang terbaik. Lebih-lebih lagi, dinamik politik Malaysia, dan global, sangat deras perubahannya.

129. Justeru saya meminta, semua ahli UMNO, rakan dan taulan UMNO. Bersedialah, melalui jalan yang sukar, dan berliku ini.

130. Dengan kental, dengan sabar. Seperti yang pernah dipamerkan, para pendiri UMNO terdahulu. Mereka merintis, jalan menubuhkan UMNO, tanpa punya apa-apa, sehinggalah UMNO menjadi, parti yang memerintah, selama enam dekad.

131. Kita akan menempuh, jalan yang berliku, bersimpang siur, dan mendaki. Akan ada masanya, kita mungkin, akan menemui jalan buntu, dan persimpangan yang sukar.

132. Tetapi, kami akan memberikan, kepimpinan yang terbaik, dalam kudrat dan kemampuan kami. Agar, biar apa pun, yang menanti di hadapan, kita akan tempuh, dan lalui bersama, dengan penuh bertanggungjawab.

133. Cuma, janganlah sesekali, mengharapkan kejayaan pantas. Jika kita harus, menempuh gelora yang luar biasa, dan denai yang beronak, maka tempuh lah. Tetapi yakinlah, sabar dan tabah itu, jodohnya bahagia.

134. Ketiga, dalam membangun semula UMNO, sebagai parti, yang berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari, pendekatan luar biasa. Meneroka samudera luas, mencari pelbagai potensi, yang tidak pernah terjangkau dan terfikir.

135. Kita mesti melakukan, perkara di luar kelaziman. UMNO memerlukan kecerdasan yang baru. Bukan lagi naratif dan slogan kosong.

136. Bukan sekadar, meraih kepercayaan, tetapi, menterjemahkan pertanggungjawaban. Bekerja keras, sekeras-kerasnya, bukan menerima, sebanyak-banyaknya.

137. Mengurangkan politik, memperbanyakkan berfikir. Meredakan perselisihan, mengembalikan kesatuan.

138. Oleh yang demikian, jangan risau, jangan gundah dan terkejut, jika ada ikhtiar yang akan parti umumkan, sangat asing dan di luar kebiasaan kita.

139. Ingatlah, orang Melayu boleh hidup tanpa UMNO. Tetapi, Orang Melayu tidak boleh berkehidupan, tanpa Islam, tanpa ilmu, tanpa kemajuan.

140. Dahulu kita memerintah, kebitaraan kita sesuai dengan latar masa tersebut.

141. Sekarang, kita tidak menguasai Kerajaan. Maka sikap, pemikiran, dan kecerdasan kita juga, harus disesuaikan, untuk memanfaatkan peranan baru UMNO.

142. Keempat, apa jua yang akan kepimpinan laksanakan, kami akan mengambil, pandangan jauh dan saranan, daripada pelbagai pihak.

143. Saya pasti, ramai yang tertanya-tanya, ke mana hala tuju UMNO selepas ini. Jawapan saya begini.

144. Misi membangunkan UMNO ini, adalah tanggungjawab kolektif kita semua. Ibarat sakit sama mengaduh, luka sama pedihnya. Lalu apa jua visi parti, misi dan jalan ke hadapan yang kita pilih, ia mesti jalan, yang direstui dan diyakini oleh kepimpinan UMNO, ahlinya dan orang Melayu.

145. Tetapi dek kerana kedudukan UMNO waktu ini, maka sewajarnya saya cadangkan, iltizam kolektif kita untuk UMNO.

146. Pertama, UMNO akan menjadi, sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, dengan jalan berperlembagaan, memimpin secara telus, dan menguruskan negara, dengan sangat bertanggungjawab.

147. UMNO mesti melupakan, nafsunya untuk berkuasa, dengan sebesar-besar kekuasaan. UMNO hanya ada satu sahaja pilihan, iaitu membangunkan semula, keyakinan orang Melayu terhadapnya, dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.

148. Kerana itu, UMNO menyertai Kerajaan dengan telus, mengikut lunas lunas perlembagaan.

149. Iltizam UMNO ialah, untuk menyuburkan demokrasi Malaysia, dengan mengukuhkan sistem Kerajaan, yang inklusif dan politik berprinsip. Rakyat Malaysia telah memilih. ‘The people have chosen.’

150. Kedua, kita beriltizam, untuk membangunkan wibawa UMNO, sebagai parti dalam Kerajaan yang kompeten, berprestasi dan disegani.

151. UMNO akan berperanan dalam kerajaan, dengan memperjuangkan dasar yang lebih baik, idea yang lebih bernas, amalan yang lebih telus, dan pemikiran yang lebih besar dan pragmatik.

152. Walaupun UMNO adalah sebahagian daripada Kerajaan, UMNO akan menjadi wadah semak dan imbang, yang tegas dan benar-benar efektif.

153. UMNO akan memberikan, alternatif yang lebih baik, bukannya sekadar menabur harapan, yang kemudiannya dimungkiri sesedap rasa.

154. Ketiga, kita mesti beriltizam, untuk memerangi politik wang dan mematikannya.

155. Politik wang telah menjerumuskan UMNO ke tahap sekarang.

156. Ia bukan sahaja menyebabkan UMNO tewas, tetapi menjadikan parti kita, semakin lemah dan tidak berketahanan.

157. Kepada semua ahli UMNO, sedarlah, politik wang adalah jelik, jijik dan sangat keji. Keji pada agama, keji pada adat, keji pada amalan.

158. UMNO hanya untuk mereka yang bersih, berjuang, dan mengasihi bangsanya. Kita mesti membunuh politik wang, sebelum politik wang membunuh UMNO.

159. Keempat, UMNO yang tewas ini, akan menjadikan idea sebagai modal politiknya, bukan lagi wang dan kuasa.

160. UMMO akan menggunakan kecerdikan, pemikiran unggul, idea terbaik, dan fikrah yang progresif, sebagai modal politiknya. Ia mesti dibangunkan semula, dengan pemikiran terbaik. Pendekatan paling kreatif. Idea paling luar biasa dan mempesonakan.

161. UMNO akan menjadi ‘a learning political party’. Yang akan menyerap, keunggulan intelektual dan kecerdasan, dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun dari orang Melayu dan bukan Melayu, yang bersedia untuk menyumbang kepada tanah air.

162. Perjuangan politik kurun ke 21, adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten, dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan UMNO pasca PRU 15, akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju.

163. Lebih penting, menjadikan idea sebagai modal politik, UMNO harus membenarkan berlakunya, perubahan generasi, atau generational change, yang sangat diperlukan oleh parti ini.

164. Kita tidak akan menjadikan senioriti, atau usia, sebagai aset mana-mana pemimpin UMNO. Kita akan membenarkan parti ini, untuk benar-benar digerakkan secara bermakna, oleh generasi semasa. Generasi yang lebih mengerti, akan tuntutan dan keperluan terkini.

165. Kelima, mari kita menyemak kembali Agenda Melayu, demi kemajuan bangsa dan tanah air.

166. Tumpuan saya ialah untuk menjadikan UMNO, sebagai suara sebenar kepada orang Melayu, dan seluruh warga tanah air ini.

167. Memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain, dalam apa jua cara. Sudah tiba masanya, agenda Melayu UMNO disemak. Ia mesti direkayasa, diberikan lonjakan baru, dan ditambah nilai.

168. Seperti yang saya ungkapkan, dalam ucapan sulung saya, sebagai Timbalan Presiden, UMNO mesti menggalas usaha, ‘the Malay Renaissance’. Langkah yang konkrit dan berkemajuan, akan diambil, agar bangsa Melayu dalam dekad pencerahan ini, menjadi lebih kompeten, berdaya saing dan maju.

169. Dengan semakan semula Agenda Melayu ini, UMNO akan ada tawaran baru, atau a new deal, kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

170. Parti ini akan merangka, agenda paling progresif, untuk bangsa Melayu, demi memajukan mereka.

171. Inilah iltizam kita yang sewajarnya, untuk tanah air melalui UMNO.

172. Tugas kita selepas ini, adalah meyakinkan semua pendukung UMNO, dan orang Melayu, agar mereka berkongsi iltizam ini. Yang kurang, ditambah baik. Yang tertinggal, dilengkapkan. Yang kabur, dijelaskan.

173. Tetapi yang paling penting, tiada sebab pendukung UMNO dan orang Melayu, harus menolak keazaman baru ini. Seruan ke arah kebaikan, adalah seruan yang mesti kita bangunkan bersama.

174. Kepada semua di luar sana. Dengarkanlah, nantikanlah, dan saksikanlah. Dengan iltizam awal ini, akan bermulalah episod pengislahan sebenar UMNO, inysa-Allah.

Para perwakilan yang saya kasihi;

175. Saya mengakhiri ucapan saya malam ini, dengan satu permintaan penting.

176. Dengan hati yang sangat ikhlas. Dengan doa yang sangat tulus, kepada Allah SWT. Dengan jiwa yang sangat rendah diri, tawaduk dan insaf. Saya memohon, kita mengembalikan semula, kesatuan kita di dalam UMNO ini.

177. Marilah semua kelompok, kabilah, dan kepuakan dalam UMNO.

178. Kita selamatkan parti ini. Kita berikan ia nafas baru. Kita baiki akan ia dengan jiwa dan raga, bukan sekadar kudrat.

179. Kita singkirkanlah segala pemikiran kepuakan, kem dan kelompokan. Kita hanya ada satu pasukan, iaitu pasukan UMNO.

180. Kepada ketua-ketua kabilah dalam UMNO ini, Allah telah memberikan kamu peluang untuk menikmati kuasa, dan nikmat kesenangan melalui UMNO.

181. Sekarang adalah masa untuk memberi, maka marilah kita bersatu, dan bersama-sama, dalam memberi sebanyak-banyaknya kepada UMNO.

182. Kita hanya ada peluang ini. Kalau kita sia-siakan peluang ini, maka UMNO akan di talkinkan sedekad mendatang.

183. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita natijah dari kita yang bersatu.

184. Kepada semua perwakilan UMNO, semoga pertemuan kita malam ini, perbicaraan kita malam ini, kesatuan kita dan perpisahan ini, adalah kerana Allah jua.

185. Sekian, selamat bersidang.

Wabillahitaufik wassalammualaikum WBT..

 

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: