Negara dipercayai mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion daripada kebocoran terus berlaku dalam sistem perolehan kerajaan jika amalan rasuah dapat dihentikan di semua peringkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk pengubahsuaian pendekatan cara lama termasuk tanpa campur tangan politik atau kepentingan golongan peniaga besar dalam sebarang kontrak kerajaan.
“Walaupun baru mengetuai Kementerian Kewangan tidak sampai dua bulan, namun saya sudah mengenal pasti berlaku kebocoran tinggi sekitar RM3 bilion ke RM4 bilion yang boleh diselamatkan termasuk yang ‘dialihkan’ kepada parti politik tertentu.
“Kita boleh selamatkan mungkin RM10 billion dari kebocoran yang terus berlaku dalam sistem perolehan,” katanya ketika berucap dalam majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.
BACA juga:
[VIDEO] CEO ditahan SPRM dituduh jadi dalang agihan projek kerajaan bernilai RM92.5bilion
[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL