MENTAWAI: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, kejadian gempa itu mencetuskan amaran tsunami.
Bagaimanapun, amaran tsunami yang menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai, sudah ditarik balik selepas kira-kira dua jam.
Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.9 magnitud.
Berdasarkan data BMKG, gempa itu melanda sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 84 kilometer (km).
Malah, beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas kejadian itu termasuk satu gempa mencatatkan 5 magnitud.
Sementara itu, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa kini sedang mengumpulkan data dari pulau-pulau berhampiran pusat gempa di pantai barat Sumatera.
Katanya, gegaran kuat dirasai di ibu kota Sumatera Barat, Padang sehingga menyebabkan penduduk segera berpindah dari kawasan pantai.
Dilaporkan, beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia turut merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi kuat itu. – REUTERS
BACA juga:
[VIDEO] Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak
[VIDEO] Gempa M 6.3 melanda Gorontalo, terasa hingga ke Luwuk dan Palu
[VIDEO] Pagi Isnin, Aceh Digegarkan Dengan Gempa 6.5 Magnitud
[VIDEO] Gempa bumi kuat gegar Indonesia, Timor Leste
[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak
Laporan kejadian gempa bumi di Gua Musang, Kelantan 59KM Timur Laut Ipoh, Perak pada 26 Mei 2021 adalah tidak benar