KEMAMAN – Tujuh lagi dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di sini ditemui lemas setakat pukul 1 tengah hari ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, bilangan terbaharu itu menjadikan mangsa yang terkorban dalam tragedi bencana alam tersebut setakat ini seramai sembilan orang.
Menurut Mazli, setakat ini hanya tiga identiti mangsa dikenal pasti manakala bakinya enam lagi identiti mangsa belum disahkan.
“Mayat ketiga yang ditemui ialah Muhammad Haziq Ziqree Karim berusia enam tahun yang ditemui di kawasan sektor B pencarian iaitu berhampiran Kampung Teladas,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini hari ini.
Mazli berkata, kesemua mangsa ditemui pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengah hari di sekitar lokasi kejadian sejauh 20 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
“Mayat mangsa ditemui terapung dan ada juga yang tersangkut pada kayu serta tebing sungai,” katanya.
Mazli memberitahu usaha membawa keluar mayat dari lokasi ke Pusat Kawalan operasi sedang giat dilakukan.
BERKAITAN:
- [VIDEO] Kepala Air: Mayat ketiga dan keempat ditemui pada pukul 11 dan 11.25 pagi hari kedua SAR
- [VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman
- [VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali
- [VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali
- Kepala air: 11 mangsa termasuk bayi terkandas di Sungai Pinang, Batang Kali