[VIDEO] Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu - pakdin.my

Kejadian ribut beserta hujan lebat yang berlaku sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan petang ini telah merosakkan beberapa premis perniagaan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 6 petang 18/8/2023 menyebabkan banyak kawasan sekitar bandar itu terjejas.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, beberapa pengguna telah berkongsi keadaan terkini sekitar bandar tersebut.

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Cempaka Anis, kejadian tersebut telah merosakkan struktur dan papan tanda beberapa premis perniagaan di bandar itu.

Malah katanya, terdapat beberapa kenderaan rosak akibat kejadian ribut tersebut.

Jangan lupa subscribe

“Kuatnya hujan ribut KB (Kota Bharu), lepas satu-satu singboard (papan tanda) jatuh atas jalan raya.

“Seram wehh mujur duk line (kawasan) tengah ada kena kreto (kereta) orang pulak tu, tengok pokok lagi seram, pokok pulak besar-besar,” tulisnya.

Turut berkongsi keadaan sama adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kak Jar.

“Hajat nak healing tepi sungai, sempat sampai kedai RM2, hujan ribut kuat terbalik motor dok tempat parking,” katanya.

Selain itu, beberapa lagi pengguna turut berkongsi keadaan semasa sekitar bandar Kota Bharu yang memaklumkan banyak tempat dilanda hujan berserta ribut petang ini.

BACA juga:

UTAMABERITA Hujan lebat beserta ribut rosakkan beberapa premis sekitar Kota Bharu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium