Presiden Iran Ebrahim Raisi, yang dilihat sebagai bakal pengganti Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei, terbunuh dalam nahas helikopter di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Azerbaijan, kata pegawai dan media kerajaan pada Isnin 20 Mei 2024.
Serpihan helikopter yang hangus yang terhempas pada Ahad 9 Mei 2024 yang membawa Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian ditemui awal Isnin selepas pencarian semalaman yang terpaksa menempuhi ribut salji.
“Presiden Raisi, Menteri Luar Negeri dan semua penumpang di helikopter terbunuh dalam kemalangan itu,” kata seorang pegawai kanan Iran, meminta supaya tidak dinamakan kerana sesitiviti perkara berkenaan.
Kematian Raisi kemudiannya disahkan dalam satu kenyataan mengenainya di media sosial oleh Naib Presiden Mohsen Mansouri dan televisyen milik negara Iran.
TV kerajaan melaporkan bahawa imej dari laman web itu menunjukkan pesawat itu terhempas ke puncak gunung, walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai punca nahas itu.
BACA juga: