PUCHONG: Tujuh kenderaan rosak dihempap pokok tumbang susulan angin kuat dan hujan lebat di Taman Kinrara di sini, 27 Mei 2024.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.24 petang.
Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati sebatang pokok tumbang menghempap tujuh kenderaan yang di parkir di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak bomba ,membantu dalam operasi memotong dan mengalihkan pokok.
BACA juga: