Seorang lelaki yang bernama Chong, 24 tahun di percayai krew penerbangan Air Asia yang sedang bercuti dikatakan telah terjun dari sebuah kapal terbang bergerak di Miri hari ini.
Lelaki tersebut telah terjun dari salah satu pintu kecemasan kapal terbang yang dinaikinya, dan anak-anak kapal terbang tersebut tidak sempat menghalang tindakan nya.
Kejadian berlaku ketika kapalterbang tersebut bergerak menuju kelandasan perlepasan.
Tindakan lelaki berkenaan membuka pintu kecemasan di bahagian tengah pesawat menyebabkan brek kecemasan berfungsi secara automatik dan menimbulkan suasana panik terhadap penumpang lain.
Setakat ini, punca pelakuan Chong masih tidak diketahui, namun dia difahamkan sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman wanitanya.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 7:30 petang kelmarin telah mengakibatkan Lapangan Terbang Miri ditutup sehingga tengah malam tadi.
Pesawat bekenaan dibenarkan berlepas semula kira-kira jam 11 malam.
Polis sedang menyiasat kejadian berkenaan. Lelaki yang mengalami kecederaan kritikal retak tulang belakang akan dikenakan tindakan undang-undang.