Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan kes seorang wanita yang mengamuk di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini, Julai lalu akan didengar 11 Oktober ini.
Muhdalena Ahmad, 28, sebagaimana muncul sebelum ini dengan mengenakan topeng, hari ini sekali lagi keluar dari kawasan mahkamah dengan memakai topeng, kali ini berwarna kuning.