Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.50 tengah hari ini sempena lawatan tiga hari ke Malaysia.
Ketibaan disambut pegawai rasmi Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi British.
Mereka dijadualkan makan tengah hari di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Perdana, Putrajaya.
Pasangan ini kemudiannya akan melawat ke Hospis Malaysia, sebuah badan amal di K.Lumpur.