KUALA KUBU BHARU (MyNewshub) – Jumlah kapasiti air mentah di Empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu ketika ini hanya tinggal kira-kira 56 peratus sahaja.
Ia kira-kira separuh daripada kapasiti sebenar empangan itu iaitu sebanyak 235 juta meter padu.
Perkara ini dinyatakan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua ketika mengiringi lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi.
Yen Hua menambah, kapasiti air Empangan Sungai Selangor hanya bergantung kepada tadahan hujan sahaja.
Kata beliau, sekiranya, hujan tidak turun dikawasan sekitar empangan, kapasiti air dalam empangan tidak akan bertambah.
” Nak kata air mentah cukup untuk kegunaan masa depan, itu tidaklah.
“Kajian yang dibuat pada tahun 2000 juga dan yang terbaru tahun 2011, memang tidak ada sumber air mentah lain selain di empangan ini,” kata Yen Hua.
Tambah beliau lagi, permintaan kegunaan air oleh pengguna di sekitar kawasan Lembah Klang dan Putrajaya semakin meningkat sebanyak 3.5 peratus setiap tahun.
Ia berikutan permintaan tinggi untuk aktiviti-aktiviti komersial yang digunakan oleh industri tempatan, ekonomi dan sejajar dengan jumlah populasi yang semakin meningkat.
Menurut Yen Hua, untuk mengatasi krisis air yang melanda sekarang ini, satu projek Pelan Mitigasi I dan II harus dilaksanakan bagi membolehkan sebanyak 390 juta liter sehari (JLH) air disalurkan setiap hari kepada pengguna.
Projek Mitigasi I dan Projek Mitigasi II adalah melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).
Untuk rekod, Pelan Mitigasi I telah pun siap dan sudah pun berjalan untuk menyalurkan air ke kawasan Selatan Selangor.
Namun, Pelan Mitigasi II masih lagi tidak mendapat persetujuan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Sebelum ini, dilaporkan yang jumlah kapasiti air di Empangan Sungai Selangor dilihat semakin berkurangan dan susut dari paras yang sepatutnya.
Empangan yang mempunyai saiz sebanyak 600 hektar itu dilihat semakin kering berbeza dengan keadaannya pada tahun 2010.
Keadaan itu telah mengundang situasi cemas bagi penduduk di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya kerana 60% air empangan itu disalurkan kepada pengguna di kawasan tersebut.
Malah, jumlah penyusutan air sejak awal bulan lalu menambahkan lagi keadaan masalah air di Selangor.
Justeru, bagi melihat situasi ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengadakan lawatan ke Empangan Sungai Selangor pagi tadi.
Krisis Air Selangor: Exco PAS Di Selangor Patut Kaji Sejarah Loji Sungai Labu
MYKMU.NET – Bukan sekadar menjadi “pak turut”, PAS Selangor juga sanggup menjadi “keldai suruhan” PKR dan DAP apabila sanggup “menjilat” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” Ibrahim, mungkin kerana takut dipecat dari jawatan Exco sebagaimana yang berlaku pada Hasan Ali. Baru-baru ini, ADUN Cempaka yang juga merupakan Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan […]
Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa menghalang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) daripada mendapatkan pinjaman bank bagi membolehkan syarikat itu mengganti paip- paip lama. Perkara itu didedahkan sendiri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui ketika menjawab persoalan mengenai kehilangan air tidak berhasil (NRW) di Selangor […]
Hujan Setiap Hari Tapi Air Di Empangan Terus Merosot! @Khalid_Ibrahim #SSYBN
KUALA KUBU BHARU – Paras takungan air di Empangan Sungai Selangor di sini masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun hujan lebat dilaporkan turun di kawasan sekitar empangan sejak beberapa hari lalu. Tinjauan Mynewshub.my sekali lagi ke empangan itu petang semalam jelas menampakkan situasi yang agak cemas apabila paras takungan air masih tidak naik. Malah, […]
Bukti Air Empangan Selangor Merosot @Khalid_Ibrahim
Tidak berapa lama dulu Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Exco kanannya, Ronnie Liu membuat tinjauan rambang ke beberapa empangan dan sungai di Selangor ketika isu bekalan air terus hangat diperkatakan rakyatnya. Dengan bersandarkan hasil dari tinjauan tersebut, kerajaan PKR Selangor kemudiannya merumuskan Selangor tidak berdepan dengan sebarang masalah bekalan air kerana rata-rata empangan […]
Khalid Panik Air Empangan Selangor Kritikal @Khalid_Ibrahim
Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019. Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian […]
MB Selangor Digesa Dedahkan Kos Pembenihan Awan @zinmohamed
‘Pembenihan Awan Bukti Selangor Bakal Berhadapan Krisis Air’ SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa tindakan pembenihan awan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bukti negeri itu berhadapan dengan krisis air yang serius. Justeru, Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan kos pembenihan […]
Air Empangan Susut: Bukti Selangor di Ambang Krisis Air
Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik. Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini. Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web […]
Isu Air: Antara Keperluan Alam Sekitar & Nyawa Rakyat – @Khalid_Ibrahim @xavierjayakumar
× Satu kelebihan yang perlu kita akui hanya dimiliki oleh pemimpin pembangkang ialah kemampuan mereka mengalih isu utama kepada isu lain. Mereka memiliki kepakaran yang tinggi untuk spin sana sini dan bijak memutar belit fakta dan isu. Demikianlah yang berlaku pada Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam usahanya untuk menghalalkan keputusan kerajaan PKR Selangor menolak […]
Air: Xavier Suka Rakyat Selangor Menderita
Baru sahaja sehari dua berlalu para penyokong pembangkang menghamburkan kemarahan terhadap Menteri Besar Pahang dan mengalu-alukan kecaman keras oleh NGO proksi PR terhadap Datuk Seri Adnan Yaakob, tiba-tiba pula pemimpin PKR Selangor Dr Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebuah NGO yang diketuai oleh Che’gu Bard dalam kenyataan akhbarnya sebelum ini, menganggap […]
…
Lagi berita berkaitan disini