Seorang pemuda maut manakala dua lagi parah apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh sebatang tiang lampu di ibu negara awal pagi tadi.
Kemalangan ngeri ini berlaku kira-kira jam 1:30 pagi tadi di Jalan Loke Yew berhampiran bulatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kereta Proton Satria dinaiki tiga lelaki ini dipercayai dipandu laju menyebabkan ia hilang kawalan sebelum berpusing beberapa kali dan merempuh tiang lampu jalan.
Rempuhan menyebabkan kereta hampir terputus dua.
Penumpang hadapan, Vijay Prakash Vijaya Sekar, 27 tahun, maut di tempat kejadian manakala rakannya yang cedera dihantar ke PPUKM untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.