Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.
Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.
Tapi seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik, sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai.
Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA, kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.
Untuk mencapai agenda ala zionis itu, maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA.
Kini yang terbaru pada 28 Disember 2012 nanti PAS berura-ura pula untuk melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Himpunan selepas Solat Jumaat itu dikhabarkan bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF, tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.
Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad, malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.
Kecuali, sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA, yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.
Berkaitan isu urusniaga FELDA dengan Israel pula bukannya satu isu pun kerana sememangnya tiada urusniaga sedemikian. Sebaliknya, urusniaga hanya membabitkan Malaysia dan Palestin.
Namun disebabkan Palestin tidak mempunyai pelabuhan, maka kapal-kapal Malaysia terpaksa menggunakan Perlabuhan Ashdod, Israel selepas itu bekalan minyak sawit itu dihantar pula ke Palestin untuk kegunaan rakyatnya.
Jelas sekali PAS sengaja memanipulasi fakta yang nawaitunya hanya untuk membangkitkan kemarahan ramai terhadap FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional. Dakyah sesat PAS hanya laku dikalangan penyokongnya sahaja yang sememangnya terkenal buta hati dan buta kayu sejak azali.
Sama sahaja tujuannya apabila membangkitkan soal tanah Felda Plantation, fakta diputarbelitkan untuk memberi gambaran tanah itu akan tergadai, walhal tiada isu pun yang timbul.
Akan tetapi, perihal lebih 10,000 ekar daripada tanah Ladang Rakyat yang tergadai dan kini menjadi milik pemimpin Cina cauvinis DAP Perak melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd itu fakta yang benar. Kenapa PAS tidak berminat mengadakan demo dan berhimpun menyatakan bantahan dalam isu ini? Hipokrit.
Lagipun diantara FELDA yang terbukti berjaya dibandingkan dengan kegagalan Ladang Rakyat membantu para peserta membaiki taraf hidup serta gadaian tanah melalui pajakan berpuluh tahun seluas lebih 80,000 ekar di Selatan Kelantan itulah sepatutnya menjadi fokus PAS, itu pun jika PAS benar-benar cakna dengan nasib rakyat.
Daripada PAS sibuk menyebarkan propaganda jahat dengan harapan dapat menyesatkan peneroka FELDA dan orang ramai, lebih berbaloi untuk PAS memperbetulkan kesilapan dan kelemahannya sendiri dan berhimpun membantah kecuaian Kerajaan PAS Kelantan, betul tak?