Enam buah kenderaan musnah ditimbus tanah runtuh di Kampung Air Putih, Kemaman, Terengganu.
Seorang pemilik kenderaan yang dikatakan tidur dalam kenderaan dikhuatiri tertimbus.
Kejadian dipercayai berlaku kira kira jam 3 pagi tadi.
Dua jentera digunakan bagi mengalihkan timbunan tanah.
Tenaga Nasional Berhad memutuskan bekalan elektrik berikutan sistem pendawaian yang menghalang kerja mencari dan menyelamat.
Enam kenderaan terbabit dipercayai ditinggalkan di simpang masuk ini, berikutan kampung berkenaan dinaiki air.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan kerjasama polis, JPAM dan Jabatan Kerja Raya.
Setakat ini, operasi dapat membawa keluar sebuah kereta.
Menteri Besar Terengganu dijangka melawat lokasi kejadian.