Malaysia merupakan negara paling gemuk di Asia Tenggara dengan kadar obesiti yang paling tinggi, kata Menter Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Ini bukan gelaran yang cemerlang. Kita melebihi negara-negara Asean yang lain dan berada tempat keenam di seluruh Asia – membelakangi beberapa negara Timur Tengah,” katanya.
Memetik statistik daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, Liow berkata, 15.1 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas mengalami obesiti pada 2011.
“Ini adalah satu peningkatan 14 peratus daripada demografi yang sama pada tahun 2006,” katanya.
Turut dilaporkan adalah lebih 2.6 juta orang dewasa adalah golongan obes manakala lebih 477,000 kanak-kanak di bawah 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan.
Liow berkata, penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, kanser dan masalah kardiovaskular turut meningkat secara mendadak di kalangan rakyat Malaysia.