Keluarga Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin menafikan dakwaan mengatakan beliau meninggal dunia.
Ketika dihubungi, salah seorang anaknya menegaskan beliau kini berada dalam keadaan sihat.
Sebelum ini, mesej yang disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mendakwa Taib meninggal dunia di Hospital Pantai di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Beliau dilaporkan mengalami pendarahan dalam kepala yang kritikal awal tahun ini dan bagi memulihkannya, rawatan susulan terpaksa dilakukan.
Beliau sebelum ini merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara.