LAHAD DATU – Polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan penceroboh dari Filipina terbunuh dalam pertempuran pagi tadi – hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo dekat sini.
Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.