LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai ‘kawasan perlindungan khas’ negara.
Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.
Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 9 Februari lalu.
Najib berkata demikian kepada pemberita semasa membuat tinjauan perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri Sabah.
Audio sidang media