Dr. Novandri Hassan Basri – Sambutan rakyat di Serendah Hulu Selangor sangat menyakinkan apabila Tun Dr. Mahathir datang ke sini untuk memberi ceramah. Diantara lain beliau menerangkan sejarah negara Malaysia.
Beliau juga menyeru pengundi-pengundi di Hulu Selangor untuk mengundi Barisan Nasional demi kesejahteraan dan kesinambungan pelan-pelan yang telah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau juga menyentuh mengenai kredibiliti Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat. Disini penulis sertakan foto-foto yang diambil sendiri.
Dr. Mahathir juga menyentuh mengenai aktiviti luar Anuar Ibrahim. Menurut beliau Anuar Ibrahim perlu menyelesaikan isu liwat Anuar Ibrahim dengan segera dan bukan melengah-lengahkan perbicaraan beliau. Beliau juga pada awalnya menyangka Anuar Ibrahim seorang yang warak tetapi akhirnya baru beliau tahu yang Anuar Ibrahim bukan seperti yang diharapkan beliau.
Pakatan Rakyat dilihat baik dari jauh tetapi sebenarnya Pakatan Rakyat tidaklah sebaik yang disangkakan kerana itu ramai pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan juga beberapa peguam bela Anuar Ibrahim yang menarik diri daripada terlibat dengan perbicaraan beliau.