Seorang guru, Lotfi bin Nor; yang dilaporkan baru-baru ini menghina pasukan anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu.
Sebenarnya telah pernah ditahan pada tahun 2009 kerana mengamuk di dalam bilik guru serta membahayakan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan.
Mengikut sumber, guru berkenaan sebelum ini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
Ekoran dari peristiwa itu, dua orang polis telah dipanggil ke sekolah berkenaan untuk menangkap lelaki tersebut.
Walaupun peristiwa itu berlaku pada tahun 2009, Lotfi dikatakan mungkin masih lagi menyimpan dendam terhadap pihak berkuasa kerana kes berkenaan.
Komen-komen beliau yang menghina pasukan anggota keselamatan sebagai anjing di laman sosialnya menunjukkan lelaki berkenaan memang bermasalah. Ini juga terjawab dengan pembongkaran kes amukan beliau membahayakan guru lain dan murid yang dilabelkan oleh saksi sebagai “kurang siuman”.