Seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
“Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap,” katanya.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.
……
Seorang Pengganas Ditahan
Seorang pengganas ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan Pasukan Keselamatan di Tanjung Batu petang semalam.
Menurut laporan Bernama, lelaki yang dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri ketika sepasukan gerak gempur khas GGK Angkatan Tentera Malaysia ATM sedang melakukan operasi penggeledahan.
Ketika kejadian , lelaki berkenaan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.
Sebanyak dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan untuk mengesan saki baki pengganas lain.
Ia digerakkan bagi mengelakkan taktik kotor pengganas yang mungkin mengambil kesempatan melepaskan tembakan kepada Pasukan Keselamatan.
Lelaki yang ditahan itu kemudianya diserahkan kepada pasukan VAT 69 dan dibawa ke lokap tanahan sementara untuk soal sisasat.