Dan kepada warganegara berketurunan Suluk, kerajaan tidak pernah sesekali meragui kesetiaan etnik berkenaan dan menjamin hak selaku warganegara seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
“Dalam segala-galanya saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah ragui kesetiaan warganegara Malaysia keturunan Suluk. Mereka warganegara yang punyai hak-hak seperti diperuntukkan dalam perlembagaan serta undang-undang negara dan kerajaan ini akan terus lindungi hak mereka yang sah dan membela kebajikan mereka”.