Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan Islamiah), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman menafikan dakwaan beliau menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas Kiram.
Walau bagaimanapun, katanya, beliau ada menyalurkan dana kepada masyarakat Islam di Sulu, Filipina.
Katanya, dana itu sebagai kerja-kerja kebajikan pertubuhannya bagi membantu masyarakat Islam di sana yang hidup dalam keadaan daif.
“Dana yang disalurkan adalah perkara biasa yang kami lakukan untuk membantu negara Islam dan masyarakat Islam di sana. Tiada kaitan dengan pengganas Kiram,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Polis hari ini melaporkan Muhammad Ridzwan merupakan individu dikehendaki kerana dipercayai merupakan penyalur dana kepada kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah.
Menurut Muhammad Ridzwan, beliau akan membuat laporan di balai polis sebelum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, bagi memberi keterangan berhubung perkara tersebut.
“Saya akan memberi kerjasama dengan polis. Saya baru tahu perkara ini kerana tadi pun ada seorang wartawan telefon saya.
“Saya agak sibuk kebelakangan ini kerana sedang dalam persiapan untuk bertanding sebagai calon bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kurang 24 jam selepas hebahan dikeluarkan polis, individu dikenali Datuk Seri yang dicari bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah, menyerah diri kepada polis.
Muhammad Ridzwan Sulaiman berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, Selangor, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia ini, hadir bersama sepuluh kenalannya.
Sebelum masuk ke perkarangan balai polis, beliau yang dikerumuni pihak media, mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu di selatan Filipina, iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
Beliau yang menerima darjah kebesaran Datuk Seri daripada Sultan Sulu berkenaan, bagaimanapun menafikan mengenali Jamalul Kiram yang mengetuai pencerobohan pengganas di Sabah.
MUHAMMAD RIDZWAN SULAIMAN / SUSPEK
“Pernah jumpa tak Jamalul Kiram, saya tak pernah jumpa, pasal beliau di Tawi-Tawi saya tak kenal, bantuan, bantuan saya ada bagi kewangan, bantuan kewangan, kepada siapa, Sultan Jamalul Kiram, saya ada bukti-bukti ya, sat lagi saya akan tunjuk balik, saya ada masuk setiap bantuan yang saya bagi itu melalui bank ya”.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan suspek dan memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berdekatan.
Ia bagi membantu siasatan polis berhubung insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, 12 Februari lalu.