Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan pemain China, Bin Qiao pada aksi suku akhir pada Jumaat.
Beraksi selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei tidak menghadapi sebarang tentangan sengit selepas menang mudah pada set pertama, 21-11.
Namun pada set kedua, Qiao bangkit cuba bangkit merapatkan kutipan mata, namun ia tidak menggugatkan kehebatan Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia untuk menang 21-8 pada set ini.
Chong Wei menumpaskan Qiao dalam tempoh 33 minit.
Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Tan Aik Quan/ Lai Pei Jing tewas 21-15 21-14 kepada pasangan dari China dalam tempoh 30 minit.
Turut beraksi pada aksi suku akhir Jumaat, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menang ke atas rakan senegara, Gan Teik Chai/Ong Soon Hock (21-15) yang menarik diri pada set kedua.
Satu lagi aksi perseorangan lelaki yang melibatkan pemain negara, Chong Wei Feng kandas kepada pemain China,Tian Houwei 21-18 21-13.