Enam hari tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.
Di Pulau Pinang semalam, seorang pemuda, mengalami keretakan tulang bahu, tangan dan betis.
Didakwa akibat dirempuh satu konvoi yang mengiringi pemimpim PAS untuk ke ceramah di Kepala Batas.
Mangsa ia kemudian ditinggalkan konvoi begitu sahaja tanpa sebarang bantuan.
Mangsa, Mohd Amirul Wafi Azlan yang dalam perjalanan pulang selepas selesai mengisi minyak di sebuah stesen kira-kira jam 1.40 petang, kemudian dihimpit konvoi itu.
Akibatnya, mangsa terjatuh daripada motosikalnya dan tercampak ke bahu jalan.
Mangsa diselamatkan oleh orang ramai, yang kemudian mengejarkannya ke hospital berdekatan.
Satu laporan polis telah dibuat keluarga mangsa, selain sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang, jika penganjur masih gagal bertanggungjawab.