Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar membuktikan dakwaan kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pejabat Perdana Menteri mendalangi kemasukan pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tuduhan membuta tuli Datuk Seri Anwar itu menunjukkan beliau semakin gelabah dengan kekalahan.
DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN / NAIB PRESIDEN UMNO
“Kalau ada bukti kenapa tak bawak bukti dulu. Kenapa 3 hari sebelum nak undi baru nak gembar gemburkannya. Walhal kita dah 16 pilihan raya kecil selepas PRU ke -12. Kenapa kalau betul pengundi hantu ni muncul dalam 3 hari sebelum pengundian, kalau betul-betul dia ikhlas”.
…..
..