Pengalaman lalu menunjukkan banyak perkhabaran palsu dan propaganda songsang disebarkan oleh pihak pembangkang terutama menjelang hari pengundian dalam usaha untuk mewujudkan suasana keliru atau lain-lain tujuan yang bermotifkan politik.
Dalam keadaan tertentu kandungan SMS atau khabar angin itu boleh menyebabkan suasana panik, itu tambah menyeronokkan PR yang mengharapkan kebaikan dari kejahatan yang mereka lakukan.
Isi kandungan SMS atau perkhabaran berita terkini yang palsu itu mungkin sahaja berbentuk propaganda, kempen, serangan peribadi, keputusan sesatu kawasan atau apa sahaja yang pastinya ia mungkin mengelirukan pengundi pada saat akhir.
Mengambil iktibar dari pengalaman itulah rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali terpedaya dengan berita angin dan khabar yang tidak pasti yang sengaja disebarkan oleh PR termasuklah SMS yang diterima.
Sedangkan bahan kempen BN pun mampu mereka palsukan demi mencapai matlamat politik mereka, setakat menyebarkan SMS reverse psycho bukannya satu perkara yang sukar pada mereka.
Yang pasti nawaitunya menurus kepada untuk manfaat PR dan impak buruknya pula terbeban di bahu BN.
Kaedah kempen sebegini sememangnya sinonim dengan pembangkang yang sering kali mengharapkan kelebihan dari perkara yang buruk. Mereka akan memanipulasi segala cara yang ada tanpa mengambil kira soal moral atau kebenaran.
Justeru itu khalayak ramai perlu sentiasa berwaspada dan mengabaikan propaganda sedemikian serta pastikan hanya merujuk pada sumber sahih dalam menentukan keputusan.