Berita terkini yang diterima daripada Hospital Besar Pulau Pinang, Azizan sedang mendapat pengesahan daripada doktor bertugas apabila tidak ada tanda-tanda pernafasan yang berlaku dan bergantung 100 % kepada mesin pernafasan . Kini keputusan sama ada untuk mengekalkan pergantungan pernafasan atau mahu menanggalkan penggunaan mesin sedang diperbincangkan .
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Besar Pulau Pinang.
Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid mengesahkan Azizan, 70, dipindahkan daripada sebuah hospital swasta di sini pada pukul 4 pagi selepas mengalami jangkitan virus di bahagian kaki..