PULAU PINANG 8 Mei – Pengurusan Hospital Pulau Pinang mengesahkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih menerima rawatan rapi di hospital tersebut.
Pengarah Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Yasmin Sulaiman berkata, Azizan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada pukul 9.15 malam tadi.
Menurutnya, Azizan dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan semalam.