LUKLA 23 Mei – Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari Felda Jerai 1, Gemas, Negeri Sembilan menjadi wanita termuda negara berjaya menakluk puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter pada pukul 7.41 pagi (waktu Nepal) hari ini.
Kejayaan itu dicapai menerusi projek Ekspedisi Everest-Felda 2013 kelolaan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B).
Beliau melakukan percubaan kedua semalam (22 Mei) setelah percubaan pertama pada 20 Mei lalu gagal.