RIYADH 26 Mei – Beberapa laman web rasmi Arab Saudi dilaporkan digodam oleh kumpulan penggodam dengan paparan bendera Alegeria, semalam.
Stesen penyiaran berita Al-Ekhbariya melaporkan, laman web Kementerian Penerangan antara laman web yang digodam.
Laman web berita Al-Ekhbariya berserta laman web sukan Al-Riyadiyah, Channel One dan Quran Radio turut menjadi mangsa penggodam.
Bagaimanapun, tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.