Susulan tragedi bot ekspress karam di Belaga, Sarawak.
Sehingga kini, berpuluh-puluh penumpang dipercayai masih gagal dikesan.
Pembantu Menteri Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Liwan Lagang yang juga ADUN Belaga yang dipetik portal berita Borneo Post berkata bot yang sarat dengan lebih 100 penumpang itu dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit sebelum karam.
Sepasukan polis dan paramedik ketika ini dalam pejalanan ke lokasi kejadian dan dijangka hanya tiba sekitar jam 7 petang ekoran lokasi yang agak terpencil.
ADUN Liwan itu sebelum ini menyaksikan sendiri kejadian dan sempat meminta bantuan penduduk setempat dan berjaya menyelamat lebih 30 mangsa.
Sehingga kini, masih tiada lagi laporan kemalangan jiwa yang diterima.
Kejadian sekitar jam 8 pagi itu dikatakan berlaku apabila enjin bot ekspres berkenaan mati ketika dalam perjalanan.
Ketika sedang hanyut, ia dikatakan terlanggar batu lalu terbalik.