DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 baru-baru ini walaupun PKR begitu beria-beria untuk memfailkan 27 petisyen berikutan keraguan yang wujud ketika pilihan raya.
Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini mereka tidak menerima sebarang laporan atau bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen.
Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008.
Ini membuktikan wujudnya sandiwara PKR kerana tidak berpuas hati dalam pilihan raya. Disebalik mengatakan pilihan raya tidak adil dan bersih, negeri pembangkang seperti Pulau Pinang pula begitu yakin pilihan raya di kawasan mereka telus dan bersih.
Permainan sebenar Anwar Ibrahim adalah untuk menumbangkan kerajaan melalui cara yang kononnya sah adalah melalui petisyen.
PR hanya memperoleh 89 kerusi, dan mereka mengemukakan 27 petisyen, Anwar cuba meraih kemenangan melalui sejumlah 136 kerusi sekiranya kesemua petisyen mereka itu berjaya mengetepikan keputusan PRU lalu.
Bagaimanapun, berdasarkan pengamatan lain, majoriti kerusi yang difailkan petisyen adalah kerusi peminpin mereka yang tewas kepada Barisan Nasional (BN), dan majoritinya adalah kerusi PKR.
Ini membuktikan, Anwar begitu beria-ia mahu menjadi perdana menteri walaupun rakan-rakan pembangkangnya berpuas hati dengan keputusan PRU13 yang menunjukkan PR gagal untuk ke Putrajaya dan membentuk kerajaan pusat.
Kebodohan dan bongkaknya Anwar nyata tidak menarik perhatian PAS dan DAP yang tidak mengendahkan tindak tanduk Anwar membantah keputusan PRU13. Anwar juga membodohkan rakyat dengan demonstrasi-demonstrasi yang tidak masuk akal.
Jika benar mereka menolak keputusan PRU 13, bubar DUN negeri pembangkang, dan gesa PRU dijalankan semula.
“Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen.
“Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun” memetik kenyataan DAP Pulau Pinang yang mengakui PRU di Pulau Pinang adalah bersih dan Anwar menjadi bodoh kerana mahu jadi PM.