Dan ketika operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan, ada insan yang gelisah menanti khabar mengenai isterinya yang mengandung 5 bulan, dipercayai terperangkap di dalam bot ekpress berkenaan.
Johnson, 39 tahun yang ditemui di tepian sungai tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, di saat terkenangkan isterinya Roslin Jati 32 tahun yang terlepas dari genggamanya ketika cuba menyelamatkan diri.
Menurut Johnson, keluarganya dalam perjalanan pulang bergawai di rumah panjang dekat Nanga Metah, yang terletak 3 jam dari lokasi kejadian.
Mereka bertiga duduk di dalam bahagian belakang bot berkenaan.
Bot yang dimasuki air menyukarkan mangsa keluar menyelamatkan diri.
Johnson mempunyai 3 orang anak berusia antara 5 hingga 13 tahun hasil perkahwinan dengan Roslin.
++++++
Bapa, anak terjun ke sungai selepas bot mula sengit
Belaga: “Saya mengharapkan keajaiban, tetapi jika benar ajalnya sudah tiba, saya berharap mayatnya ditemui agar dapat dikebumi dengan sempurna.”
Itu harapan John Soon, 39, dari Nanga Metah, Kapit, yang kehilangan isterinya Roslin Jati, 35, dalam kejadian bot ekspres karam di Sungai Rejang, di sini, kelmarin.
Hamil lima bulan
Roslin yang hamil lima bulan dipercayai terperangkap dalam bot itu ketika keadaan kelam kabut apabila penumpang berasak-asak mahu menyelamatkan diri.
John berkata, dia sempat mencapai tangan isteri dan anaknya, Jacky Soon, 5, namun akibat diasak penumpang lain, dia terlepas tangan isterinya, ketika cuba keluar dari pintu bot.
“Saya hanya sempat memegang tangan anak, manakala isteri terlepas di celah orang ramai. Saya terkilan kerana tidak sempat memegang kuat tangan isteri saya.
“Ketika saya dan anak terjun ke dalam sungai apabila bot sudah senget dan hampir tenggelam, saya percaya isteri saya masih berada dalam bot,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
John berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga yang menaiki bot itu dari Bakun dapat mencari tempat duduk di dalam bot yang penuh sesak.
Dia yang bekerja di sebuah kem pembalakan di Bakun, berhasrat membawa anak dan isterinya itu menyambut perayaan Hari Gawai di Nanga Metah.
Tak sabar rai Hari Gawai
“Dia (Roslin) amat gembira dan tidak sabar untuk menyambut perayaan kali ini, tambahan pula dia sedang mengandung anak kedua kami.
“Tiada apa yang saya harapkan kini, selain isteri saya itu ditemui, tidak kira dalam apa pun keadaannya,” katanya dalam nada sebak.
Roslin antara 11 penumpang bot ekspres berkenaan yang masih hilang, manakala 179 lagi termasuk John dan anaknya Jacky, ditemui selamat.
++++
Senarai Nama Penumpang Yang Masih Hilang
1. Anuar Margaret (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083
2. Akong Empam (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026
3. Handry Linggi (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34026
4. Mejerin Bantan (perempuan) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083
5. Ricky Sunus (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083
6. Ejang anak Nabau (lelaki)
7. Roslin Jati (perempuan)
8. Simon Patrick (lelaki)
9. Paulus (lelaki)
10.Maurice anak Ajan (perempuan)
11. Welson Lat (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083
12. Wesly Belaja Nelson (lelaki) ditemui selamat https://pakdin.my/?p=34083
13. Tujok Lah (lelaki) Mayat ditemui tidak jauh dari lokasi https://pakdin.my/?p=34019