Tujuh orang cedera parah dalam tiga kemalangan berasingan di lokasi sama awal pagi tadi dalam tempoh tidak sampai 10 minit.
Nahas berlaku di Kilometer 58.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Alor Setar di Kedah.
Dalam nahas pertama, pemandu sebuah bas ekspres gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar sebuah lori.
Pemandu bas terbabit patah kaki dan luka di muka manakala dua penumpang terpelanting kehadapan bas.
Nahas kedua pula membabitkan sebuah bas, lori, dua kereta dan sebuah motosikal.
Penunggang serta pembonceng terbabit patah tangan.
Nahas berlaku tidak sampai 100 meter dari lokasi kejadian pertama.
Tidak lama selepas itu, dua buah kereta yang datang dari arah yang sama, merempuh lori terbabit.
Pemandu kedua-dua kereta cedera parah.
Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan.