KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembuangan seorang bayi perempuan yang ditemui mati dalam sebuah loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pihaknya yakin dapat mengesan suspek tidak lama lagi bagi menyelesaikan kes ini.
Menurut beliau ketika ini, polis melakukan pemeriksaan ke atas semua pelajar perempuan di universiti tersebut.
Pelajar sudah mula kembali ke universiti selepas bercuti dan ini masa sesuai untuk menjalankan pemeriksaan ke atas pelajar-pelajar di universiti itu satu persatu.
Kita yakin dapat mengesan suspek dan menyelesaikan kes ini serta memberkas individu terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.