Tugas beliau tidak kurang pentingnya. Md Nor Abdullah mula bertugas kira-kira 2, 3 pagi, sedangkan orang lain masih dibuai mimpi.
Beliau salah seorang petugas Tabung Haji yang bertugas di bahagian katering.
Salah satu tugasnya ialah menebar roti canai. Roti canainya sentiasa ditunggu oleh para jemaah.
Nasi lemak, bihun goreng, lontong dan roti canai menjadi antara menu popular di kafeteria Tabung Haji di maktab-maktab.
Selain dibekalkan makanan tengahari dan malam, jemaah juga mempunyai pilihan untuk makan di kafeteria.