Serbuan demi serbuan yang di lakukan pihak berkuasa seolah di pandang remeh bagi segelintir pusat hiburan.
Malam tadi sebuah lagi pusat hiburan di Kepong, yang menyajikan wanita warga asing bekerja sebagai GRO di serbu.
Serbua malam tadi di lakukan hasil risikan dan aduan awam yang kurang senang dengan kehadiran wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO.
Sepasukan dilakukan oleh Polis dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur jam 730 malam.
Hasil serbuan ini 13 wanita warga Vietnam ditahan.
Semakan mendapati kesemua GRO terbabit memiliki pas lawatan sosial.
Bagaimanapun ia disalahgunakan dengan bekerja di negara ini.
Premis terbabit telah beroperasi sejak tiga bulan lalu gagal mengemukakan lesen hiburan.
Tips sebanyak RM30 menjadi habuan bagi GRO terbabit bagi melayan pelanggan.
Semua yang ditahan yang berusia antara 20 hingga 37 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tindakan susulan.