Dalam usaha menjejak sindiket disebalik kegiatan GRO di ibu negara satu serbuan serentak dilakukan di 3 pusat hiburan haram di sekitar Desa Aman Puri, Gombak, Selangor, malam tadi.
Hasil serbuan 20 GRO warga asing dan 10 GRO tempatan ditahan.
Serbuan dilakukan Bahagian Maksiat D7 IPD Gombak.
Wanita warga asing yang ditahan adalah warga Thailand, Laos, Vietnam, China, Indonesia dan Filipina.
Mereka didapati masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.
Tips dikenakan sekitar RM30 hingga RM100 sejam.
Hasil ujian air kencing juga mendapati, seorang daripada GRO ini positif dadah.
Polis masih mengesan ejen yang membekalkan GRO ini.
Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.