Penerbangan kumpulan pertama, 450 Jemaah Haji, KT1 akan bertolak dari Jeddah pada 21 Oktober ini, jam 7 pagi waktu saudi menggunakan Pesawat Saudia dan tiba di KLIA jam 8.50 mlm.
KT2 yang bakal belepas pada 22 Oktober.
Manakala, Jemaah Muassasah ke Madinah akan bermula pada 28 Oktober membabitkan KT 38.
Sementara itu, keadaan di Mekah sesak setelah jemaah menuju semula ke Mekah selepas selesai melontar di tiga Jamrah di Mina.
Motorsikal menjadi pilihan untuk ke Masjidil Haram untuk Tawaf ke Saie
Pemilik motorsikal mengenakan tambang lima Saudi Riyal untuk jarak satu kilometer.
Perjalanan dari Mina ke Masjidilharam yang jaraknya lima kilometer memakan masa lebih sejam jika jalan sesak.
Ada jemaah yang memilih untuk membonceng motorsikal dari Mina.
Tambangnya berdasarkan kemahiran anda tawar menawar.
Jemaah tiada pilihan tetapi menggunakan perkhidmatan ini untuk membantu mereka sampai segera ke Masjidilharam.