Sebelas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya terhadap sebuah laman Facebook yang menghina Sultan Johor.
Ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia Kulaijaya, Abdullah Dolmat berkata laporan dibuat oleh gabungan NGO yang terdiri daripada Persatuan Bekas Tentera Negeri Johor, Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan enam Ketua Umno Cawangan dari Parlimen Kulai.
Laman Facebook yang bernama Rejimen Anarki itu juga telah menghina Institusi Raja-Raja Melayu secara amnya.
Akaun itu dipercayai telah ditutup ekoran usaha mencarinya di laman sosial itu tidak berhasil.