Dua suspek kes culik dan jual bayi berumur tujuh bulan di Pulau Pinang Khamis lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown semalam.
Zuzita Ahmad, 43 tahun, dan Ooi Hooi Ling, 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Dalam pertuduhan pertama, mereka didakwa menculik bayi berkenaan daripada jagaan neneknya di Taman Happy Valley, Air Itam 12 Disember lalu.
Bagi pertuduhan kedua, memperdagang bayi berkenaan bagi maksud eksploitasi untuk mendapatkan wang.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Permohonan jaminan Zuzita dengan alasan mahu menjaga ibunya yang sakit turut ditolak.
Sebaliknya, mahkamah mengarahkan mereka dihantar ke penjara sementara menunggu tarikh sebutan semula kes 22 Januari depan.