Mangsa culik rakyat Taiwan diselamatkan di Sulu Filipina - pakdin.my

pulaupm-pom-culik

Pelancong wanita warga Taiwan, Chang An Wei, yang diculik dari Pulau Pom Pom di Sabah pada 15 November diselamatkan oleh pihak berkuasa Filipina, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid memberitahu perkara tersebut melalui akaun twitternya petang Jumaat.

Menurut beliau, mangsa kini berada di Hospital Marin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboaga City Sabtu.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan keselamatan Filipina di atas kejayaan tersebut.

“Tunggu perkembangan selanjutnya daripada pihak berkuasa Filipina,” katanya.

Dalam kejadian pada 15 November lalu, beberapa lelaki bersenjata dmenembak mati suami Chang dan menculik beliau di dalam satu serbuan di sebuah resort di Pulau Pom Pom Semporna di pantai timur Sabah.

Mereka tiba dalam sebuah bot pam kira-kira 1 pagi.

Laporan awal menunjukkan bahawa lelaki bersenjata mendarat di villa air POM POM Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam vila termasuk yang diduduki oleh mangsa Lim Min Hsu , 57, dan Chang, 58.

Pada masa serbuan, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu.

Penculik berkenaan dipercayai kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina.

Resort terletak 1 kilometer dari pos Pasukan Gerakan Am (PGA ).

Seorang penyelia resort mendengar bunyi tembakan kira-kira 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan pos PGA itu.

Apabila pihak berkuasa sampai hanya mayat lelaki ditemui manakala pasangannya dipercayai dibawa ke Pulau Mataking berhampiran perairan Filipina.

UTAMABERITAMangsa culik rakyat Taiwan diselamatkan di Sulu Filipina

Kongsi Berita

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium