Bukan sahaja bersikap biadap, malah berani menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas.
Akibatnya seorang wanita yang mengaku berasal dari Sabah itu, antara 18 warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor malam tadi.
Kekecohan tercetus selepas wanita ini enggan memberi kerjasama ketika pemeriksaan dilakukan anggota penguatkuasa.
Dia kemudian mengeluarkan kata-kata kesat dan cuba mencabar pegawai imigresen terbabit.
Bagaimanapun status wanita ini akhirnya dikesan pihak imigresen yang kemudian menahannya untuk tindakan lanjut.
Operasi dilancarkan ke atas kilang pembungkusan makanan ini, hasil risikan yang dijalankan selama 3 minggu.
Pihak Imigresen yang turut menerima aduan awam, melancarkan operasi dengan kekuatan 30 anggota, diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor, Othman Montel.
Seramai 12 orang lelaki dan 6 wanita warga asing dikesan melakukan kesalahan tinggal melebihi masa dan bekerja tanpa permit.
Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua 18 warga asing yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen KLIA untuk tindakan lanjut.