‘Flash Mob Kangkung’ yang ketuai oleh Lee Khai Loon, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk telah mengundang kemarahan masyarakat, terutamanya dari kalangan orang Melayu.
Tanpa mengambilkira parti, orang-orang Melayu melihat perbuatan biadap itu sebagai provokasi melampau orang-orang Cinta terhadap pemimpin Melayu. Justeru, soal Khai Loon adalah dari parti PKR tidak lagi timbul, sebaliknya DAP yang menjadi sasaran kemarahan orang-orang Melayu. Bagi orang-orang Melayu, Khai Loon adalah seorang Cina dan orang Cina secara amnya adalah DAP berdasarkan keputusan PRU yang lalu.
Selain itu, kemarahan orang-orang Melayu juga adalah bersandarkan hakikat bahawa perbuatan memperlekeh pemimpin Melayu dan orang-orang Melayu adalah sinonim dengan DAP.
Sejak tercetusnya 13 Mei 1969 yang berpunca dari hasutan DAP, orang-orang Melayu sentiasa curiga dengan parti ini. Apa yang berlaku dalam isu ‘flash mob’ ini membuktikan bahawa laungan “Melayu Mati!” dari 13 Mei 1969 masih terus terngiang-ngiang di telinga orang-orang Melayu sehingga ke hari ini.
DAP cuba menangkis kemarahan orang-orang Melayu dengan memberi alasan Khai Loon adalah pemimpin PKR, bukan DAP. DAP juga kelihatannya begitu ‘sensitif’ apabila 13 Mei diungkit semula dalam demonstrasi bantahan terhadap perbuatan Khai Loon.
Dengan itu, Lim Kit Siang secara terbuka meminta agar Khai Loon ‘menimbangkan’ untuk meminta maaf terhadap kepimpinan negara atas kebiadapannya. Kit Siang nampaknya cukup gusar sekiranya isu 13 Mei terus berkumandang di udara Malaysia.
Bagaimanapun, kenyataan ‘menimbangkan’ yang digunakan oleh Kit Siang di sini menyerlahkan sikap tidak ikhlas parti itu. Tiada kekesalan yang dirakam dari kenyataan pemimpin DAP itu dalam isu ini tetapi, sebaliknya, beliau lebih suka menekankan rasa tidak senang terhadap laungan 13 Mei dari orang-orang Melayu.
Dalam kata lain, DAP bukan berminat untuk menangani isu kebiadapan Khai Loon tetapi hanya ingin menangani isu laungan 13 Mei.
Benar, Khai Loon dari parti DAP, tetapi beliau adalah dari Pakatan Rakyat.
Justeru, sedikit sebanyak, DAP tetap bertanggungjawab terhadap perbuatan Khai Loon. Apatah lagi dengan hakikat bahawa perbuatan menghina pemimpin BN juga turut terlebih dahulu dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain sebelum ini.
Bukan tidak biasa kita melihat pemimpin tertinggi DAP memijak gambar pemimpin BN. Malah, mereka melakukannya beramai-ramai sambil bergelak ketawa. Ini juga merupakan satu penghinaan. Khai Loon nampaknya hanya mengikut jejak langkah mereka.
Pernahkah kita melihat Dato’ Seri Najib, Tun Abdullah atau Tun Mahathir melakukan penghinaan melampau terhadap musuh mereka? Tidak pernah bukan? Malah, kita juga tidak pernah melihat Anwar Ibrahim atau Nik Aziz berbuat yang sama, biarpun mereka turut memusuhi kepimpinan negara.
Jelas, yang menjadi pelopor perbuatan menghina pemimpin secara kebudak-budakan dan keterlaluan adalah kaum Cina DAP. Mungkin Khai Loon merupakan anak didik Tian Chua dan bernaung di bawah PKR, tetapi beliau sudah pastinya terpengaruh dengan cara pemimpin DAP yang terdiri dari bangsanya sendiri.
Apapun, kita tidak hairan dengan sikap biadap kaum Cina baik dari DAP atau pun PKR. Yang kita hairan ialah, apakah Anwar Ibrahim tidak merasa malu dengan perbuatan Khai Loon? Kenapa bukan beliau yang menyuruh Khai Loon meminta maaf?
Anwar adalah Ketua Pembangkang dan wajib bertanggungjawab atas perbuatan pemimpin pembangkang, apatah lagi dari partinya sendiri. Anwar juga masih bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri, jadi apakah wajar bagi seorang bakal Perdana Menteri merestui perbuatan sebegini?
Sebenarnya, di manakah pendirian Anwar di dalam isu ini? Atau apakah pendirian Anwar sudah tidak penting lagi dalam PR? Siapakah yang menerajui PR pada hari ini? Anwar atau Lim Kit Siang?