Warga emas antara 16 orang ditahan dalam Ops Noda di tiga buah pusat refleksologi sekitar bandar Rawang, malam tadi.
Kesemuanya wanita warga Thailand berumur 33 hingga 55 tahun dipercayai menawarkan khidmat seks dan urut.
Serbuan dilakukan oleh Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor.
Hasil risikan mendapati kesemua wanita warga asing itu tinggal di premis berkenaan.
Turut ditemui beberapa keping kondom.
Harga yang dikenakan sekitar RM40 hingga RM50 sekali perkhidmatan.
Kesemua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Tiga penjaga premis dan pelanggan turut ditahan untuk diambil keterangan.
Kesemua mereka dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.