Kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan mengenai catuan air di Selangor tidak sepatutnya dibuat secara terburu-buru.
Ini kerana tegas Tan Sri Muhyiddin, sebarang keputusan melaksanakan program catuan air perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN dan kerajaan pusat terlebih dulu.
Isu paras air yang kritikal dan program catuan air hanya boleh diputuskan selepas kerajaan negeri berbincang dengan span sebelum dibawa ke peringkat kabinet.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kabinet akan membincangkan krisis air di seluruh negara Rabu ini.Berita