Kes dan kematian akibat denggi terus meningkat dengan ketara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, 29 kematian dilapor iaitu peningkatan 263 peratus.
Manakala lebih 16,300 kes denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, sejumlah 580 lokaliti wabak dikenalpasti masih aktif di 12 negeri.
Antaranya 354 lokaliti di Selangor, 66 di Negeri Sembilan, 48 di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 30 lokaliti di Johor.
Tujuh negeri turut menunjukkan peningkatan kes, termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Sarawak.
Memandangkan cuaca kering ketika ini, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menyimpan air untuk kegunaan harian dalam bekas-bekas air bertutup.
Pada masa sama, masyarakat turut diminta supaya mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.
Antaranya memakai baju lengan panjang dan seluar panjang serta pakaian berwarna cerah terutamanya pada waktu antara 5 pagi hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 8 malam.