Pernah diserbu sebelum ini kerana menggaji wanita warga asing sebagai gro namun mereka tidak pernah serik.
Malahan premis hiburan yang terletak di Bukit Tinggi, Klang itu makin berani menjalankan operasi.
Malam tadi, sepasukan polis dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor, sekali lagi menyerbu premis berkenaan.
Serbuan kali ini turut disertai pegawai dan anggota cantas wanita.
21 wanita warga Vietnam dan Myanmar, ditahan.
Kesemua gro warga Vietnam ini didapati memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.
Manakala gro warga Myanmar adalah pemegang kad pelarian UNHCR.
Pemeriksaan lanjut mendapati premis hiburan ini beroperasi tanpa lesen hiburan.
Polis bertindak menyita peralatan serta sistem audio.
Turut ditahan penjaga premis warga tempatan.
Kesemua mereka dibawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.